Thursday, June 30

Ayam Masak Kuzi

Ayam Kuzi Ala Noor

yang perlu disediakan 
Rempah Kuzi 
1 ekor ayam dipotong 12 - digoreng
santan dari 1 biji kelapa.
4 sudu besar Susu Pekat Manis.
3/4 cawan Susu Cair.
3 cawan air.
3/4 cawan Sos Tomato.
1/2 sudu kecil gula. (jika suka)
garam secukup rasa.

untuk menumis
Minyak Masak (agak2 jer nih 8 sudu besar)
2 inci Kulit Kayu Manis.
1 ulas Bawang Merah (dihiris).
1 ulas Bawang Putih (dihiris).

Hiasan
kismis Kuning.
kacang Gajus (digoreng kering).
hirisan Bawang Merah (digoreng)
hirisan Bawang Putih (digoreng)


Camaner nak buat yer....
1.Bancuh Rempah Kuzi, air, sos tomato dan susu. Kacau hingga sebati.
2.Tumiskan bahan tumisan sehingga naik wangi di dalam periuk dan masukkan bancuhan  rempah.
3.Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
4.Kemudian masukan santan,setelah mendidih masukkan ayam goreng, kismis kuning dan  kacang gajus dan tinggalkan separuh lagi untuk hiasan.
5.Masak dengan api yang kecil sehingga naik minyak dan sedikit pekat.
6.Angkat dan hidangkan dalam mangkuk. Akhir sekali taburkan hirisan bawang merah dan bawang putih goreng serta lebihan kismis dan kacang gajus.




sangat sesuai dimakan bersama nasi, roti jala dan roti canai

11 comments:

NinaAz said...

bestnya..kacang gajus tu mesti habis dulu kan3..hehe

sha a.s said...

amboihhhh..memanggil² menu kt atas tu kak noor oii...sedapnyer!

Mrs.Yie said...

wah..sangat menyelerakan.. :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

dah siap masak ye...lapo la plak...tadi tngk mee kari sha dah nak hentak kaki dah...ni tngk ayam ni plak...lg bertambah lapo la den...

east said...

serius xpenah mkn menu ni..apa le rase ye..sebelum mencuba resepi ni,,adalah lebih baik merasa air tangan ko dulu..hehehe..

Zefa NorAsmara said...

Sedapnya.. tgh laparni, makn lapar jadinye.. :-)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

wah..menyelerakan..
blh cuba buat nnt nie.. ;)

Yasminhamid said...

sedap nampaknya tu... akak pernah try kawan buat.. tapi apsal dia punya tak berkuah??? rempah kuzi nak dapat kat mana??

@e_da said...

fuhhh menyelerakan...sedapnya ibu aiman masak..

whitecappuccino said...

terliur la noor!

fazilzura said...

wahhh menu mantopp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette