home about me award contest Image Map

Thursday, June 30

Ayam Masak Kuzi

Ayam Kuzi Ala Noor

yang perlu disediakan 
Rempah Kuzi 
1 ekor ayam dipotong 12 - digoreng
santan dari 1 biji kelapa.
4 sudu besar Susu Pekat Manis.
3/4 cawan Susu Cair.
3 cawan air.
3/4 cawan Sos Tomato.
1/2 sudu kecil gula. (jika suka)
garam secukup rasa.

untuk menumis
Minyak Masak (agak2 jer nih 8 sudu besar)
2 inci Kulit Kayu Manis.
1 ulas Bawang Merah (dihiris).
1 ulas Bawang Putih (dihiris).

Hiasan
kismis Kuning.
kacang Gajus (digoreng kering).
hirisan Bawang Merah (digoreng)
hirisan Bawang Putih (digoreng)


Camaner nak buat yer....
1.Bancuh Rempah Kuzi, air, sos tomato dan susu. Kacau hingga sebati.
2.Tumiskan bahan tumisan sehingga naik wangi di dalam periuk dan masukkan bancuhan  rempah.
3.Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
4.Kemudian masukan santan,setelah mendidih masukkan ayam goreng, kismis kuning dan  kacang gajus dan tinggalkan separuh lagi untuk hiasan.
5.Masak dengan api yang kecil sehingga naik minyak dan sedikit pekat.
6.Angkat dan hidangkan dalam mangkuk. Akhir sekali taburkan hirisan bawang merah dan bawang putih goreng serta lebihan kismis dan kacang gajus.




sangat sesuai dimakan bersama nasi, roti jala dan roti canai

Wednesday, June 29

Lukisan Karikatur

Mari kita tengok camaner jadinyer muka Aiman dalam bentuk lukisan karikatur..



mula-mula steady jer. teruja nak tengok agaknya camaner jadinya lukisan tu. tak henti bagitahu 'abah lukis man..man...'


 

muka dah naik boring nak tunggu lukisan siap..dah mula merengek kat abah. nak blah dari situ. 

 

mula dah panggil ibu suruh ambil dukung dia. taknak turun sendiri dari kerusi. minta simpati dengan ibu pulak.




kejap jer lukis kalau aku ntah muka apa yang jadi. 


tadaaaaaaa muka Aiman dah pun siap
*
*
*
*
*
*
*



ada gaya tak...? maybe masa lukis ni pelukis tengah membayangkan Aiman
dalam umur 23 tahun kot ehhehehe

Tuesday, June 28

Redemption Susu & Pampers

Kerja-kerja menampal barcode susu dan pampers Aiman untuk redemption. Jangan buang tau rugi boleh redeem macam-macam nanti. Nak buat ni kena ada mood jugak. Kerja-kerja menggunting menampal.. aku memang agak malas sikit.



Aku asingkan ikut kategori untuk ditampal atas kertas. Senang untuk aku mengira. 



Point untuk Huggies. Simpan dulu untuk next redemption pulak sebab dah tutup 31.5.2011. Baru ada 158 points lagi 42 nak cukup 200.


2 benda ni yang aku nak redeem. 2 lagi dah dapat.

Sekarang beralih kepada kerja-kerja menampal untuk barcode susu pula. Redemption for Enfamama Club Meadjohnson. Aku join masa pregnant lagi sehinggalah sekarang. Masa pregnant tak minum pun Enfamama aku minum Anmum ehhehe..ni semua pusrawi yang registerkan. Semua club susu register tapi tak active dah sebab tak minum susu keluaran club lain.


Satu barcode 1.3kg Enfagrow A+  = 30 points



 

Satu barcode 650 grams Enfagrow A+ = 15 points




1 silver foil for 1.7kg Enfagrow A+ = 40 points




Dapatlah Aiman points sebanyak 1,565....hmmm kalau buang macam tu
jer sangat-sangat rugikan. 


Jumlah points yang ada ni dengan termasuk yang dah ada dalam sistem aku nak redeem untuk Aiman mainan yang kat dalam catalog ni. Surprise Aiman!!!!!






Monday, June 27

DSLR Nikon @ Canon

Dah lama kitaorang teringin sangat nak ada DSLR. Baru ni berkesempatan nak membeli. Weekend baru ni pergi survey kat Nikon & Canon. 2 jenama ni bermain di hati. Tak tahu mana satu nak pilih. Masing-masing ada pro & cons...Dalam 2 ni hati lebih berat kepada Nikon. Bagi aku Nikon the best on color setting. Hmmm Canon plak friendly user. Tengah pening yang mana satu nak pilih. Nikon D90 vs Canon 600D...fikir-fikir baik angkat D7000 tapi kitaorang ni bukan pro pun  huhuhuhu....mahal pun satu hal gek melebihi budget tuh... kalau ada sapa-sapa yang pengalaman dengan DSLR nih meh la share..'saya budak baru belajar'....








 

Abah sibuk tengok camera cam biasa aku sibuk amik gambar Aiman. Aiman pulak ngamuk nak gelongsor yang display tuh...Alahai sekali pijak patah punah ranah sayang oiiii...tak cukup tuh ngamuk nak train jugak..naperlah kedai camera ada semua ni...

Maharaja Lawak Akhir

Jumaat malam dah siap sedia beli makanan kat pasar malam hehehhe tak masak. Pilihan kami sekeluarga malam tu 'Laksam' emmmm memang best patut cepat habis laksam makcik tunteja ni. 


Duduk mengadap TV saksikan Maharaja Lawak 2011 sambil menikmati keropok lekor, kentang goreng dan buah 'pelam pisang' yang sangat manis. Tertanya-tanya jugak siapalah bakal juara ni. Untung-untung dapat ratus-ratus ribu......





Tahniah aku ucapkan untuk Juara Maharajalawak 2011... SEPAH. Jangkaan aku ternyata meleset sekali ingatkan JOZAN yang menang. Ye ler sebab glamer kan tuh yang sangka diaorang yang akan menang. Dua group ni memang favorite aku pun. Tak kisah group yang mana jadi juara... janji menang tempat juara. Tak menahan lawak dari SEPAH..kemunculan watak ustazah manisnya kurma ini....

Friday, June 24

Juara Maharajalawak 2011

Malam ni tak sabar nak tengok Maharajalawak 2011. Semuanya hebat-hebat memang sengit habis. Berdebar jugak menanti siapakah yang bakal jadi juara malam ni...? Antara JOZAN, SEPAH, NABIL & JAMBU... aku suka JOZAN dan SEPAH...
tak boleh blah betul ler "Manisnya Kurma Ini" versi jubah senteng paras betis huhuhuhu lawak giler!
Tak kisahlah siapa akan jadi juara bagi aku mereka semua ni memang hebat memang best di hati aku. Good Luck untuk mereka semua!!!!
Tapikan lepas ni dah tak ada lagi Maharajalawak..boringlah tak bestlah takde apa dah yang menarik kat TV. Rindu dengan aksi-aksi lawak mereka nih. Tak kering gusi dibuatnya. 





tengah shopping barang dapur ternampak pulak JAMBU...Peace Yo!!!!!!!!! rupanya duduk kat area rumah aku. tak pernah pun tahu huhuhuhu...

Thursday, June 23

Rasa Nak Ambil Lesen Motor Laaaa

Dalam hati aku sekarang nak sangat ambil lesen motor. Kenapalah 14 tahun dulu masa ambil lesen kereta aku tak ambil sekali lesen motor kan senang. 
Agaknya berapa yer sekarang kos ambil lesen motor....nak kena survey ni..



tiap-tiap petang yang dia tahu nak round satu taman..nak pegi tengok orang main bola kat padang. kalau dah ada lesen boleh jugak aku bawak si montek aku ni. vrooommmm ke tesco tapiiiii bagi ke cik somi aku...????

Wednesday, June 22

Wordless Wednesday



......CINTA HATI.....

Tuesday, June 21

Happy Fathers Day



Peminat Setia Upin & Ipin

Tak kira di mana semuanya upin & ipin. Tunjuk jer sapa watak-watak dalam tuh semuanya kenal. Skripnya pun hafal. Mahukan tidak setiap hari mengadap cerita upin & ipin nih. Aku nak tengok cerita lain pun tak boleh kadang tuh. Sampaikan nak tido pun mencari nak bawak tido sekali.


jangan sapa-sapa usik alamat meraung ler nanti..gelihati aku tengok gelagat peminat setia ni...sekarang aku dah mula sorok DVD ngan CD yang ada. Tapi kadang ada juga yang Aiman terjumpa erkkkks...bukan apa tak elok untuk mata asik mengadap jer kan. 

Satu lagi cerita bakal peminat setia jugak BoboiBoy....aku cari DVD asik habis jer kat Tesco area umah aku ni. Tak sempat ajer. Ramai peminat ni BoboiBoy hehehehehe....

Friday, June 17

Hepi Polland Mommies

Seronokkan bila jumpa member-member lama zaman skolah dulu. Yang dah berbelas-belas tahun tak jumpa. Bila jumpa masing-masing dah beranak pinak.
Nak cerita pasal geng aku masa kat skolah dulu. Skolah aku glemer dengan nama 'polland'. Bukan senang nak dapat nama omputih kan padahal sekolah kat kampung jer pun betul-betul tepi sungai pahang lagi. Masa kat skolah inilah antara student yang menjadi perhatian cikgu konon2nya wakakaka perasan lebih ni..Jadi perhatian sebab suka buat bising time prep dulu pastu kuat tengok TV kat hostel hahahaha!!! Tapi syukur Alhamdulillah walaupun macam tuh semuanya berjaya ngeh ngeh ngeh...
Jumpa member lama chit chat sampai pukul 6 pagi...tak tidur daaaa gossip ajer!!!
 Apa kata meh kita layan gambar yang ala2 gedik santai nih bersama geng2 aku

All this foto are taken at Putrajaya & Cyberview Resort



















Thursday, June 16

Last Episod Nora Elena

Hari ni last episod untuk drama Nora Elena....huh camanalah endingnya. Ceritanya adaptasi dari sebuah novel Kasih Yang Suci. Jalan cerita drama tak sama sangat dengan novel.. itu yang membuatkan aku tertanya-tanya jugak ending cerita ni macam mana.Tak bestlah dah tak der Nora Elena.....

Cerita ni shooting kat area taman perumahan betul-betul depan opis aku jer. Masa shooting kitaorang tengah ada sukan pelajar. Ada nampak Aaron Aziz tengah bershooting tapi tak bajet la citer apa. Rupanya Nora Elena. Kalau la tau pegi amik autograph hahahahha poyo betul!!!!! Rumah tu jugaklah cerita putera katak. Sekarang ni pun tengah ada shooting tak tahulah cerita apa. Nanti nak gi ngintai dari jauh sapa pelakonnya hehehehhe....

Premium Beautiful

Seronok bila baca testimoni blogger boleh kurus dengan PB. Hanya pakai 8 jam setiap hari semasa bekerja. Badan kurus bentuk badan pun menawan. Sapa yang tak nak kan....?

Hati aku berkobar-kobar nak pakai PB sebab nak kurus jugak macam orang lain. Kalau orang lain boleh buat mesti kita pun boleh kan. Tak mustahil tuh.  Harus menyelongkar almari ni untuk cari set PB aku yang dah lama sangat aku biarkan terperap begitu sahaja.





tadaaaa inilah PB aku yang dah jadi jeruk tuh. Jeruk2 tapi masih elok lagi sebab jarang pakai. Aku yang sebenarnya beli PB ni dah lama tahun 2004 lagi. Sekarang dah 2011 emmmm 7 tahun daaaa. Masa anak dara lagi aku beli ni. Aku beli pun sebab terpaksa ngeh..ngeh..ngeh...
Sepupu yang jual pastu main skim paksa pulak apa nak di kato huhuhuhu...Sebulan bayar RM100... 2 tahun nak ngabihkan bayor woooo...Ada gak dia ajak aku jual PB nih tapi aku tak berani sebab kena buat loan 21k kat bank. Sepupu aku kata senang keje gomen nak buat loan dan ramai yang buat bisnes nih orang gomen. Mentang aku keje gomen disuruhnya buat loan hehehehe...tak berani banyak sangat..tapi tak perlah aku sokong dia berbisnes aku beli dari dia.



Wednesday, June 15

Jom Timbang Berat

Semalam aku tengah sibuk-sibuk nak timbang berat badan aku, Aiman pun sibuk nak timbang berat dia.

duduk diam-diam ibu nak tengok Aiman berat berapa nih. Haaaaa Aiman dah 15 kg ler di usia 2 tahun 5 bulan..Alhamdulillah dah naik dah berat kamooooo..ni kes lepas bersunatlah ni. Selera bertambah tambah lepas sunat. 
Aiman kalau boleh nak guna timbang digital aku. Aku bagi jugak dia naik cuma tak accurate beratnya sebab dia tak letak betul kaki kat plat besi tuh huhuhuhuu...so Aiman sangat sesuai guna yang ini yer sayang....senang nak tau berapa....





berat masa awal bulan mei tengah berpantang sunat 13kg.

Berat bdan aku malu nak letak pasal berat sangat..malu nak letak hehehehe. Tapinya bersyukur ada jugak penurunan walaupun tak banyak hanya 0.4kg huhuhuhuhu...

Tuesday, June 14

Menyemai Tabiat Menabung


Minggu lepas jalan-jalan dengan Ida terjumpa tabung yang ala-ala cute jugak ler. Aku dan Ida masing-masing rembat satu. Aku pilih tabung berbentuk frog dan Ida pilih tabung berbentuk bear. Harga tak mahal hanya RM 6.80 jer satu tinggi dalam 6" gitu. Senang di angkat oleh anak yang berusia macam Aiman. Material daripada plastik jer.

Menabung tu kan satu amalan mulia. Kita sebagai ibu bapa kenalah pupuk sifat menabung ni dari awal dan terapkan dalam diri anak sejak dari kecil lagi. Banyak faedah yang boleh kita dapat dari menabung nih. Sampai satu masa bila kita tengok hasilnya wahhhhhhh teruja dan boleh ler kita simpan ke dalam akaun bank atau pun beli sesuatu yang kita ingini.







Aku berikan Aiman duit syiling dan ajar dia masukkan sendiri dalam tabung. Kalau boleh aku nak dia masukkan setiap hari. Kenapa perlu setiap hari..? Sebabnya menurut pakar psikologi, sesuatu perbuatan akan menjadi tabiat atau budaya selepas diamalkan secara tetap selama 21 hari. InsyaAllah....








Sambil masukkan sambil mengira. Bukan mengira jumlah duit tetapi mengira kepingan duit syiling yang dimasukkan ke dalam tabung.  Apa yang aku praktikkan....aku dan cik somi akan beri duit syiling pada dia dan dia akan masukkan sendiri dalam tabung. 

Dalam masa 2 hari beli tabung ni aku tengok bila nampak duit syiling dia akan ambil dan masukkan sendiri ke dalam tabung tanpa disuruh.Alhamdulillah harap Aiman akan terus menabung dan menabung....

credit to : harian metro

Monday, June 13

Mari Belajar Mewarna


special untuk anak ibu





wahhhhhh upin!!!!! yeh yeh ben 10!!!!....permulaan semua colour pencils dikeluarkan dari dalam kotak. Teruja nak guna yang mana satu. Kejap ambil yang itu kejap ambil yang ini. Sambil-sambil tu aku ajar warna apa yang Aiman tengah pegang dan suruh dia warnakan.





Aku tinggalkan dia mewarna bersendirian kejap sebab nak memasak kat dapur. Mewarna sambil mendengar music layannnnn..Sila ikut macam ibu warnakan songkok tu yer Aiman..

 



Aku datang semula tengok apa yang dia buat...hmmmm kepala dah mula terlentok




tadaaaaa!!!! inilah hasil kerja Aiman. Takperlah permulaan untuk dia. Nanti ibu belikan crayon pulak yer. Colour pencils ni tak berapa nak terang sebab ibu belikan yang jenis biasa-biasa sajer.

Friday, June 10

Breakfast Mee Goreng

Malam semalam aku dah plan nak masak mee goreng untuk breakfast. Mood tengah rajin untuk bawa bekal ke opis ngeh..ngeh..ngeh..ingat misi mesti berjaya kali nih jangan gagal huhuhu..


 Ibu amik sket udang aiman sebab malas nak buang kulit.

 Lepas breakfast seperti biasa aku akan makan suplement. Aku ingat nak cari bekas yang isi ubat tu lah. Senang tak payah aku nak bawak banyak botol. Just letak dalam bekas sampai waktu amik telan jer. Ni kena angkut penuh satu handbag belum barang lain lagi. Sebab inilah aku tak pandai pakai handbag yang bersaiz kecil. Macam-macam nak sumbat mana nak muat.


Suplement sangat penting untuk kita lebih sihat dan bertenaga hoyeahhhh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette