home about me award contest Image Map

Wednesday, November 10

Ibadat Korban

KORBAN - Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Umur binatang yang boleh dikorbankan:-
  • Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
  • Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian.
  • Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
  • Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.
Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus. Sunat-sunat ketika menyembelih binatang korban:-
1. Membaca Bismillah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban itu.

Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah di sedekahkan semuanya. 1/3 daripada daging korban, sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mazhab Syafie..

Sempena Hari Raya Aidil Adha akan datang ni insyaAllah kami sekeluarga akan berkorban (mak, aku, cik suami, aiman, kakngah, adik ju dan boy) ayah aku tak tersenarai sebab dia dah korban. Kami jer belum lagi. Harap semuanya berjalan dengan sempurna nanti..amin.....



nilah rutin ayah aku bila petang-petang..gi perambat lembu masuk kandang. lembu-lembu ni dengar jer ayah aku datang mulalah datang dekat nak minum air kicap yang ayah aku bawak spesel punyaa..




2 comments:

@e_da said...

oo ayah ko ada bela ke nor... banyak ek.. air kicap tu untuk apa?

noor said...

@e_da: ha ah ada bela...kicap utk bg dia jinak sket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette