home about me award contest Image Map

Tuesday, June 14

Menyemai Tabiat Menabung


Minggu lepas jalan-jalan dengan Ida terjumpa tabung yang ala-ala cute jugak ler. Aku dan Ida masing-masing rembat satu. Aku pilih tabung berbentuk frog dan Ida pilih tabung berbentuk bear. Harga tak mahal hanya RM 6.80 jer satu tinggi dalam 6" gitu. Senang di angkat oleh anak yang berusia macam Aiman. Material daripada plastik jer.

Menabung tu kan satu amalan mulia. Kita sebagai ibu bapa kenalah pupuk sifat menabung ni dari awal dan terapkan dalam diri anak sejak dari kecil lagi. Banyak faedah yang boleh kita dapat dari menabung nih. Sampai satu masa bila kita tengok hasilnya wahhhhhhh teruja dan boleh ler kita simpan ke dalam akaun bank atau pun beli sesuatu yang kita ingini.







Aku berikan Aiman duit syiling dan ajar dia masukkan sendiri dalam tabung. Kalau boleh aku nak dia masukkan setiap hari. Kenapa perlu setiap hari..? Sebabnya menurut pakar psikologi, sesuatu perbuatan akan menjadi tabiat atau budaya selepas diamalkan secara tetap selama 21 hari. InsyaAllah....








Sambil masukkan sambil mengira. Bukan mengira jumlah duit tetapi mengira kepingan duit syiling yang dimasukkan ke dalam tabung.  Apa yang aku praktikkan....aku dan cik somi akan beri duit syiling pada dia dan dia akan masukkan sendiri dalam tabung. 

Dalam masa 2 hari beli tabung ni aku tengok bila nampak duit syiling dia akan ambil dan masukkan sendiri ke dalam tabung tanpa disuruh.Alhamdulillah harap Aiman akan terus menabung dan menabung....

credit to : harian metro

9 comments:

Scha406 said...

bijak si aiman ni kak.....mmg benda² cmni kena pupuk dr kecik...barula amalan tu akan terus lekat.....

Anonymous said...

pandai aiman...ibu bapa kena lagi pandai kan?tq follow mamasue.mamasue follow juge!

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

farah pun kakD dah ajar menabung jg...setiap hari dia keja angkat tabung ja...pastu minta duit utk dia buh kat tabung tu...

Ween said...

bagus aiman,,simpan duit manyak2!!

Unknown said...

mmg patut ajar dari kecik ni kan..
cam my dote mmg suka sgt menabung...pastu nk kuarkan balik isi tabung nk main...haisshhh

chekna said...

ziyad pun sama, biasanya hubby akan bagi duit syiling, sibuk dia nak masuk tabung.. :)

Unknown said...

bagusnyeeee... hihi ;)

mama_onie said...

Oh patut diikuti amalan mulia ni...
Mama menabung tak?

Ainun Nadini said...

bagus anak akak.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette