home about me award contest Image Map

Monday, January 31

Waterfront

Semalam selesai ops luar dalam rumah kami sekeluarga ke waterfront sajer jalan-jalan. Cuaca pulak hujan renyai bila petang sampai ke malam. Sejuk nyaman jer. Suka datang sini seronok tengok ikan. Bila baling jer roti menangkap macam tak pernah dapat makan ikan-ikan tuh hihihihi..



aiman
berjaya

Sunday, January 30

Ops dalam dan luar rumah

Aktiviti hari ni nak mengemas rumah. Cuci tingkap, cuci kipas, sapu sawang dan tempat yang paling lama tak kemas kat kawasan luar rumah. Dah lama tak kisah dengan pokok-pokok bunga. Selalunya n'cik suami jer yang bersihkan daun-daun pokok pisang, daun pokok serai dan pandan.

Pandan ni bila lama tak buang mulalah merimbun. Seram takut ada cik uuu ajer..lagipun sambil-sambil tu bolehlah exercise keluarkan peluh. Kalau asik tengok tb jer mana peluh nak kuar kan. Hari ni nak tanam pokok ubi. Pokok ubi yang ada tuh dah tinggi sangat susah nak makan pucuk dia. Tak sampai nak ambil. Lagi satu nak tanam pokok serai wangi dengan kacang botol.

sapu sampai bersih yer...




Friday, January 28

Takut dengan lipas

Tengah seronok tengok tb tiba-tiba terjengul jer satu makhluk nih lain tak bukan LIPAS. Ni gara-gara sembur ubat lipas tuh yang pakat kuar sumer. Rimas lemas lah tuh. Memang sangat-sangat tak suka dengan lipas. Benci betul dengan bau dia tuh. Semacam jer kan baunyer.

Bila waktu malam aiman selalunya dia akan tido lambat. Waktu tido dia dalam pukul 12 malam. Kadang kita dah rasa mengantuk sangat dah tapi dia masih aktif. Bila dia nampak jer kelibat lipas terus takut dan baring diam-diam kat sebelah aku. Masa tubaru pukul 10 malam. n'cik suami pulak tak der pegi ngeteh ngan school mate dia. Tinggal kami berdua ajer. Bagus gak ada lipas nih...aiman terus tido awal hihihi..


hah tau takuttttt..ibu pun takut bebenornya alahaiiiiii..



tido yer sayang..




Buku pilihanku hari ini


Tertarik dengan bahan bacaan ni. Seuai untuk kita buat pilihan color untuk ruang-ruang dalam rumah. Tajuknya Colormatch For Home Interiors. Penulisnya Ali Hanan. Seorang yang terkenal dan sememangnya berbakat dalam interiors. beliau juga ada menulis dalam beberapa magazine such as elle decoration, living etc, ideal home & new zealand house & garden. Penerbit buku ni Rotovision Book. Harga RM125.40.


OUR CHAKRAS

Violet ~ spirit & vitality
Indigo~ mental clarity
Blue~ communication
Green ~ love
Yellow ~ emotions
Orange ~ physical strenght, endurance
Red ~ survival, sex


yang bestnyer just selak kod warna yang kita nak dan kat bawah dia ada illustration






Thursday, January 27

Teringat dia



buntu mencari idea menulis artikel untuk buletin...

Wednesday, January 26

Makanan Jawa

Semalam petang ke pasar tani intai-intai nak beli makanan apa. Kadang sampai tak tahu nak beli apa. Macam-macam ada. Tapi macam-macam ada tu benda yang sama sahaja. Sesekali tekak ni nak jugak merasa sesuatu yang berlainan. Tertarik pada satu gerai yang menjual lauk pauk sebab ramai orang berpusu-pusu membeli makanan jawa 'Nasi Ambeng'. Suka tak makan makanan jawa. Bagi orang jawa of courselah kan. Bungkusan nasi ambeng nih punyalah besar dari nasi bungkus biasa. Macam-macam ada kat dalam. Ayam goreng berempah, ikan masin, serunding, mee goreng pon hado dan sayur campor..bila makan memang tak habis lah..trylah kawan-kawan bagi saya sedap cuma tengok pada keadaan mee tuh cam serem sket nak makan hihihihi...


Tuesday, January 25

Makan sendiri @ bersuap lebih baik

selamat pagi semua..moga ceria-ceria selalu yer..
Aiman sekarang selera untuk makan sudah berkurangan tak macam dulu lagi. Risau juga tapi doktor kata itu biasa. Buat masa ni saya bagi supplement untuk aiman scott's emulsion dan jus kurma. Vitamin belum pernah bagi lagi. Takut nak bagi sebab orang kata bila dah stop badan akan naik mendadak. Bila tengok anak makcik sendiri memang betul. Bila stop vitamin badan naik macam di pam pam.
Dah lah tak berapa nak makan bila makan nak suap sendiri pulak. Bila suap sendiri banyak mana sangatlah yang masuk dalam mulut. Saya lebih suka suapkan dia banyak sikit makannya. Aiman lebih minum susu dari makan nasi. Bila timbang berat..berat tak turun still 12.5 kg..badan makin kurus dan meninggi. Sekarang apa yang saya buat untuk dia makan lebih..makan dalam kereta bila kami nak kuar jalan-jalan.
Ada yang kata makan sendiri lebih baik sebab mereka menggunakan otak untuk berfikir. Di samping itu dapat menguatkan otot-otot tangan.







Monday, January 24

Mencari idea untuk dekorasi rumah

Salam semua..dah breakfast...? Alhamdulillah kita semua dapat menikmati kehidupan yang indah di hari isnin ini. Moga hari ini menjadi lebih baik dari hari-hari yang lalu..
Dimana yer kalau kita nak dapatkan idea-idea untuk dekorasi rumah selain dari majalah-majalah yang sedia ada. Selalunya saya melihat dalam majalah-majalah dekorasi macam Anjung seri. Impiana, Laman, Dapur, Seni hias..Suka tengok sambil berangan-angan dapat macam dalam gambar...

Friday, January 21

Bila Tiba Perayaan Thaipusam

nak parking depan rumah nenek sendiri pun tak dapat...Nenekku tengah usaha suruh orang alihkan kereta huhuhuh...betapa meriahnya sambutan Thaipusam.seluruh Malaysia bertumpu ke Batu Caves..




Wednesday, January 19

makan bola tido bola

Bila tibanya musim piala dunia atau sewaktu dengannya..kita selalu dengar 'makan bola tido bola' segalanya bola..
Kita bukan peminat bola dan jarang sangat menonton bola. Bila n'cik suami menonton barulah kita turut serta. Aiman pula dari kecil dah menunjukkan minat pada bola. Pantang nampak bola mesti dia buat muka 'excited'...kalau berjalan ke pasaraya kami elakkan dari bertemu bola. Dah ada beberapa biji bola kat rumah. Takkan setiap kali jumpa bola nak kena beli...pengsan lah abah ngan ibu hihihihi..sekarang dia tido pun dengan bola..emmm apa nak buat kan..


Tuesday, January 18

Cucur Jagung

Alhamdulillah..semalam balik dari kerja jalan tak berapa jem. Kalau hari-hari macam ni kan best. Tak perlu nak mengharung jem lama-lama. Sampai rumah pun lebih awal dari biasa. Tetiba angin rajin datang lak nak buat minum petang. Selalu balik kerja badan rasa penat jer. Menjengok dalam peti apa bahan yang boleh dibuat makan. Setelah dibelek2 menu pilihan adalah 'Cucur Jagung'..sangat sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Dihidangkan pulak bersama dengan teh O pergghhhhh .....sambil menonton tiramisu..







Monday, January 17

Nak bela kura-kura

Teringin sangat rasa hati nak bela kura-kura. Ni gara-gara berjalan ke rumah member tengok dia bela macam best ajer. Member kata tak susah pun nak jaga. Bagi makan dan rajin bersihkan badan dia jer. Kat rumah dah lama tak bela apa-apa binatang pun. Last bela kucing tu pun 4 tahun lepas. Sangat sadis kucing yang diberi nama 'kakak' telah hilang dicuri orang. Ada jiran nampak orang nepal yang kerja kat kilang kain yang curi huhuhuhu..katanya kucing dijadikan lauk untuk mereka. Arggghhhhh bila ingat-ingat balik sedih sangat...ada ke kucing dimakannya..

Petang ni pergi pet shop nak cari kura-kura. Nak cari kura-kura yang macam ni...


kecik comey jer..green color








Thursday, January 13

10 B atasi stres.....

Tengah saya membelek-belek paper untuk di baca tertarik dengan satu artikel ni
Jom Tangani Stres...Amalkan 10B
yerlah semua orang mengalami stres tak kira di mana apa keadaan pun. Ini adalah hakikat sebuah kehidupan yang tak boleh nak kita elakkan.
Mari kita sama-sama amalkan tips mudah ni untuk tangani stres serta merta~

  • Bertenang
  • Bernafas secara dalam
  • Berkata: relakslah
  • Beribadat..berzikir..berdoa
  • Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
  • Berurut dalam keadaan stres- urut leher, kepala dan bahu..
  • Berehat dan mendengar muzik
  • Beriadah
  • Bersenam
  • Berpikiran positif

Dengan melalkukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.
Harap dapat membantu kita semua apabila menghadapi stres.
Sumber : Berita Harian







Tuesday, January 11

Menang teka ikan

Rezeki di hari ini 11.1.11 (nice number) menang teka ikan di blog Kakyong. Tekaan saya 'ikan lampam'...walaupun tidak makan ikan sungai tapi beberapa jenis ikan sungai tu kenal jugaklah walaupun tidak semua. Terima kasih diucapkan buat kak yong. Nanti buat teka lagi yer.. Hadiahnya customize signature. Winking smile wah best nih bolehlah tukar signature baru...






Friday, January 7

Earning tak gerak-gerak

Sedihnya hati nih bila tengok akaun nuffnang tak gerak-gerak dari hari tuh.,,,,,,emmmmm apa nak buat..nuffnang oh nuffnang!!!!! keciwa sungguh hati ini.........






Thursday, January 6

Nak Cantikkan Blog

Suka tengok blog-blog yang nampak cantik dan kemas. Teringin nak buat tapi tak berapa nak pandai. Disebabkan tak pandai aku try buat ikut tutorial..biasalah ada yang jadi ada yang tak jadi... terima kasih untuk CIK TOM yang banyak mengajar. Tutorial oleh cik tom memang senang untuk kita semua nak faham. Penggunaan ayat yang mudah dan senang difahami complete dengan gambar sekali. Banyak tutorial yang boleh kita pelajari dari blog cik tom nih. Tak percaya cubalah kalian melawat blog dia...cantik dan kemas gitu..lagi satu dia nih suka makan tomato mesti kulit dia lawa halus mulus jer kan....





Bungkus hadiah

Minggu ni aku sibuk membungkus hadiah-hadiah pemenang untuk
Our First Lucky Draw.
Baru minggu ni berkesempatan nak menguruskan hadiah.
InsyaAllah hari isnin akan diposkan hadiah-hadiah kalian.







Sensasi Bawang Oh Bawang

Sekarang ni seperti yang kita semua maklum tengah sensasi cerita pasal bawang besar naik harga. Malam tadi aku dengar berita kata bawang besar india naik 3 kali ganda...haaaiiihhh banyak betul naik sampai 3 kali ganda. Aku ni dah ler jenis yang bila masak memang banyak guna bawang. Nak2 kalau aku masak sambal. Nampak gayanya aku kena cari alternatif lain. Jangan beli bawang besar india..aku nak cuba beli bawang besar siam pulak. Naik harga jugak ke bawang siam yer...aku jarang guna bawang ni bila masak cuma kalau buat tom yam jer aku beli. Tu pun jarang sekali masak tom yam hihihiihi. Tengok fizikal bawang siam ni cam lambat nak buruk jer sebab dia keras..kawan-kawan semua guna bawang apa yer bila masak....?





Wednesday, January 5

Azam untuk kurus

Azam untuk kurus ni dah bertahun-tahun lamanya..tapi tak terlunas juga. Betapa susahnya diri ni nak kurus. Nak kurus azam kena kuat..semangat kena kuat..banyak kali percubaan untuk berdiet tapi hasilnya tetap gagal. Faktor utama misi tidak berjaya lain tak bukan tak consistent sepanjang masa berdiet. Gagal disebabkan beberapa faktor. Perut mudah rasa lapar... bila berdepan dengan makanan.....malas untuk exercise....kalau sapa-sapa ada sebarang pendapat...pengalaman.. pasal kurus nih jomlah kita share bersama.."sharing is caring".....





Sarapan Pagi Dengan Isu Minyak

Hari ni aku sarapan pagi dengan isu minyak naik lagi. Alahai asyik minyak jer naik....RON 97 dah jadi RM 2.40...kalau gaji yang naik kan best. Aku memang bukan pengguna RON 97 lagi sejak ada RON 95. Lagi pun harga RON 95 murah sikit RM 1.90 dan sesuai le dengan standard kete aku..local car..






Tuesday, January 4

Oh keretaku....2

Alhamdulillah kete aku dah ok..baru tadi n'cik suami datang opis hantar kunci. Jap lagi aku nak gi amik kete aku. tima kasih abang pomen yang baik hati tolong siapkan cepat. Syukur satu jer problem buatnya banyak pengsan nak bayor. Harap sangat janganlah rosak benda yang sama lagi. Kasihanilah hamba....



Oh Keretaku.....

Pagi tadi bila nak start kete tetiba tak hidup plak..haiihhhhh my engine just cracking only like fuel tak sampai. Nasib baik n'cik suami tak pegi keje lagi. Boleh lah dia tengok2 kan. Setelah ditilik-tilik.....fuel pump failure....
Masuk ni dah 3 kali kete aku rosak benda yang sama. Pergi jumpa mechanic dan diaorang akan cakap this is common problem for waja. Nasib badanlah kan. Nak buek camno terima jerlah. Nak jual aku sayang pulak lagi 3 tahun jer pun nak habis bayar. Pakai jer lah...
Baru ari ni berhajat nak pegi cek dividen ASB ngan ida. dah ada pulak yang menanti...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette