Emak aku telah menghidap penyakit kencing manis hampir 17 tahun lamanya. Seusia adik aku yang bongsu. Ditakdirkan mak aku telah terpijak pokok duri semalu semasa menyiram pokok bunga kat depan rumah. Kaki mak aku memang deria rasa dah kurang. Sentiasa rasa kebas. Akibat dari terpijak duri semalu tu kaki mak aku terus luka dan bernanah. Tahu-tahu jerlah kalau orang sakit kencing manis bila dah kena luka memang lambat nak baik. Luka pulak memang gerun nak tengok. Mak aku tekad untuk dapatkan rawatan kat hospital. Sampai hospital doktor terus buang nanah dan luka menjadi lebih besar. Luka menjadi sebesar saiz tapak kaki yang asalnya saiz sebesar duit 50 sen. Doktor buang sel-sel daging-daging yang telah mati untuk cepatkan penyembuhan. 3 kali kaki mak aku dioperate doktor. Kami adik beradik bergilir-gilir jaga mak.
Syukur Alhamdulillah luka mak aku sekarang semakin sembuh dan hanya tinggal sikit sahaja lagi nak tertutup. Berkat kesabaran mak aku berpantang dan memakan segala jenis ubat yang orang rekemenkan pada dia. Luka dicuci setiap hari. Tempat luka disapukan dengan madu setiap kali di cuci. Untuk elakkan dari bernanah. Gambar agak ngeri...aku memang takut bab-bab nih tapi disebabkan 'mak' aku memberanikan diri aku.

8 comments:
salam singgah.. oh.. teruk juga kencing manis mak awak tu kan.. hmm ader pernah cuba produk dcl? bahagian luka tu sapukan ngan produk nama nigella.. takut merebak kuman.. oh sy bukan nak jual barang tau.. sy bg pendapat je..
salam...nasib baik dh sembuh sikit. moga sembuh sepenuhnya!
salam diera...oh yer nanti noor bleh bgtau mak
salam ana..
tq yer
salam..
alhamdulillah , semoga cepat sembuh ye
ngerinya tgk.......
teringat arwah maktok sy. dy pn kencing manis...
alhamdulillah..semakin sembuh..huhu sedih tengok..arwah ayah dulu kencing manis gak tp tak teruk cemni..huk
teruk jgk ek..semoga cepat sembuh
Post a Comment