Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia.
Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau
tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya
mati sebagai SAKA.
Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau
akan menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan
hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Akan kelihatan seperti
akan ada harimau yang berkeliaran.
Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau
harta benda daripada diganggu musuh. Saka Harimau akan menyerang
seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh
tuannya.
Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang
panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan
baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang
menumpang dirinya.
Kebiasaannya SAKA yang macam ni bukan individu itu sendiri yang inginkan
tapi ianya akan hadir sendiri tanpa disedari oleh individu tersebut.
SAKA akan diwarisi secara turun temurun secara paksa, sukarela atau
datang dalam senyap. SAKA berasal dari nenek moyang salasilah keluarga
yang dulu-dulu. Hasrat mereka membela saka ni untuk menjaga anak cucu
supaya tidak mudah untuk di apa-apakan.
p/s : marilah kita sama-sama amalkan membaca urah As Saffat ayat 7 untuk hindarkan diri dari SAKA/JIN/ SIHIR. Ayatnya pendek dan mudah untuk di hafal...
10 comments:
info yang bagus..Saka harimau xde..Tahang Rimau ada..hehehe..
risau kisah saka ni.
mmg takut baba saka2 ni.. abah aku dah kena.. kena hafal ayat ni
selalu gak dengar saka2 ni... tak tak ambil tau sangat... hari baru dapat info pasal saka... thanx, siap bagi surah lagi...
Salam,
Apa maksud ayat ni ye.. nak cari malas..hehee...Tq for sharing...
Bagus amalkan ayat ini dan waktu terbaik dari terkena sihir atau saka adalah waktu Dhuha. Selepas solat dhuha jadikan ayat ini sebagai zikir... mudah-mudhan kita terhindar darinya
org dedolu bnyk pakai nih kan..
sy risau gek sbb dgr cerita dulu arwah moyang sy mcm ada pakai..(agaknyalah..sy pon kurang pasti..)
takut dgr bab2 saka ni..
pernah dgr gak pasal saka2 nih...harap dijuahkan la...
assalamualaikum noor, nani pun pernah tau gak sket2 pasal saka ni.. takot plak bila baca tu.. mintak2 di jauhkan lah dari segala2nya..
Post a Comment