home about me award contest Image Map

Thursday, January 19

SAKA HARIMAU

Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai SAKA

Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau akan menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran.

Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau harta benda daripada diganggu musuh. Saka Harimau akan menyerang seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh tuannya.

Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya.

Kebiasaannya SAKA yang macam ni bukan individu itu sendiri yang inginkan tapi ianya akan hadir sendiri tanpa disedari oleh individu tersebut. SAKA akan diwarisi secara turun temurun secara paksa, sukarela atau datang dalam senyap. SAKA berasal dari nenek moyang salasilah keluarga yang dulu-dulu. Hasrat mereka membela saka ni untuk menjaga anak cucu supaya tidak mudah untuk di apa-apakan. 





p/s : marilah kita sama-sama amalkan membaca urah As Saffat ayat 7 untuk hindarkan diri dari SAKA/JIN/ SIHIR. Ayatnya pendek dan mudah untuk di hafal...



10 comments:

Ween said...

info yang bagus..Saka harimau xde..Tahang Rimau ada..hehehe..

nuyui a.k.a miss YUI said...

risau kisah saka ni.

@e_da said...

mmg takut baba saka2 ni.. abah aku dah kena.. kena hafal ayat ni

dwatyKNY said...

selalu gak dengar saka2 ni... tak tak ambil tau sangat... hari baru dapat info pasal saka... thanx, siap bagi surah lagi...

Unknown said...

Salam,
Apa maksud ayat ni ye.. nak cari malas..hehee...Tq for sharing...

Kakzakie Purvit said...

Bagus amalkan ayat ini dan waktu terbaik dari terkena sihir atau saka adalah waktu Dhuha. Selepas solat dhuha jadikan ayat ini sebagai zikir... mudah-mudhan kita terhindar darinya

Rina Rahamat said...

org dedolu bnyk pakai nih kan..


sy risau gek sbb dgr cerita dulu arwah moyang sy mcm ada pakai..(agaknyalah..sy pon kurang pasti..)

fieda said...

takut dgr bab2 saka ni..

Unknown said...

pernah dgr gak pasal saka2 nih...harap dijuahkan la...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum noor, nani pun pernah tau gak sket2 pasal saka ni.. takot plak bila baca tu.. mintak2 di jauhkan lah dari segala2nya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette