Friday, April 20

HERBA PERUBATAN

Tertarik dengan majalah yang aku baca


tajuknya : HERBA PERUBATAN...Tradisi Zaman Berzaman
banyak petua-petua yang berguna dalam ni..
Harga : RM 9.80
Terbitan : ZEBRA Edition Sdn Bhd


untuk dikongsikan bersama~~~~
sangat sesuai untuk aku yang semakin membolat ni!

RAMUAN MEMBAKAR LEMAK DI BADAN

Bahan-bahan:

- inai
- temu pauh
- temulawak
- halia bara
- garam ( kuantiti garam mengikut berat badan. Jika berat anda 60kg garam yang diperlukan 6kg)

Cara-cara menyediakan:

Temu pauh, temulawak dan halia bara dipotong secara serong-serong dan kecil-kecil.
Kemudian panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dipotong ke dalam kuali bersama dengan daun inai.
Goreng selama 5 minit dan akhir sekali masukkan garam dan gaulkan sehingga sebati.

Bahan yang telah dogoreng akan berbau harum dan garam akan bertukar warna kecoklatan.
Ramuan yang telah digoreng diletakkan ke dalam tuala mandi dan ikat seperti bunjut..ala-ala sup bunjut adabi tuh.
Kemudian bolehlah mendemah kat area mana yang korang suka...tempat peberet lemak of course PERUT...PEHA...BETIS...
Lakukan selama seminggu berturut-turut dan kalau boleh praktikkan setiap malam sebelum tidur.

Khasiatnya:

- mampu membakar lemak dan membuang angin dalam badan
- kesan lemak yang dibakar dapat dirasai serta merta...
- baik untuk ibu yang baru lepas bersalin
- dapat menghilangkan sakit pinggang, sakit-sakit sendi dan membantu merampingkan badan!



OK selamat mencuba!!!!

6 comments:

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

wah menarik ni (^___^)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

lupa nak gtau, is folo sini, salam ukhwah (^___^) nombor cumil 400 itu~ hohohoh

Nurul Husna Mohd Hassan said...

saya suka baca petua2 tradisional, tapi tak buat pun. hehe.

noor said...

tq ieyss dtg jenguk blog akak..tulah tepat pd no 400 hehehhehe

noor said...

husna: mmg tepat sekali kita jarang buatkan. kdg tuh bkn apa mls nk sediakan bahan2

MamaEma said...

petua tu banyak dan senang..tapi nak buat tu jarang sekali..malah tak pernah pun..senang yg cari dah siap terus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright Kantan Merah - Designed by Krafty Palette